Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (IATA: SZBICAO: WMSA) merupakan lapangan terbang yang terletak di Subang, Selangor. Pada masa kini lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan sewa khas dan penerbangan komunititurboprop.Sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 1999, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia yang utama.Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos 1965, dan mempunyai landasan terpanjang (panjang 3.7 km, lebar 45 m) di Asia Tenggara ketika itu. Ia mempunyai 3 terminal - Terminal 1 untuk penerbangan antarabangsa, Terminal 2 khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik. Pada masa ini bangunan Terminal 3 telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Skypark menjadi hub utama operasi syarikat penerbangan komuniti Firefly beroperasi dengan 12 pesawat ATR72-500selain dari hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dibangunan Skypark Subang selain kaunter tiket Firefly terdapat juga Kaunter tiket Penerbangan Malaysia dan AirAsia walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi di KLIA.Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan juga pusat baikpulih keseluruhan serta pemeriksaan peringkat D dan E pesawat B737-400/800 , B777-200 , B747-400/200 , A330 , F50 dan ATR72 dimana terdapat tiga bangunan hangar Penerbangan Malaysia. Terdapat juga bangunan latihan juruterbang dimana ianya memiliki dua simulasi B737-400 selain masing-masing satu unit B747-400, B777-200, A380-800 , F50 , A330 dan simulasi ATR72 milik Firefly digunakan bersama Maswings selain diperuntukan slot masa dengan bayaran tertentu untuk latihan syarikat lain seperti Berjaya Air , Aseman Air. Simulasi B737-800 ditempatkan di Glenmarie Shah Alam.